"Apakah benar yang aku dengar ini?,
Sejak bila Negeri ku ini miskin?
...Aku tidak mengerti erti miskin,
Apa lagi tempat tumpah darahku ini;
Gudang padi ku tidak habis 7 generasi,
Sehingga kelabu beras, sehingga kembali jadi debu,
Tidak habis;
Tanah tempat aku pijak,
Benih kacang panjang yang separuh hidup,
Bisa tumbuh sehingga 7 generasi;
Aku berkawan dengan hutan rimba,
Sehingga 7 keturunan pun tidak habis kayu kayan;
Perlukah aku berbicara tentang kerbau dan ayam ternak?
Perlukah aku berbicara tentang sungai yang jernih?
Perlukah aku berbicara tentang ikan-ikan liar,
Yang 7 keturunanpun tidak habis,
Walau berkongsi dengan duyunan 7 keturunan memerang;
Takkan habis sudah semua itu,
Atau terlalu lamakah aku sudah mati?
Hingga tidak terjaga apa yang aku tinggalkan.
Aku marah, walaupun aku sudah dalam kubur ini,
Aku marah kerana generasi ke-8 sudah hilang akal;
Aku marah kerana aku peduli,
Anak cucuku yang masi melata, miskin di Negeriku yang kaya;
Mana pergi tukang-tukang, man pergi penjaga,
Mereka sudah jadi pencuri?
Negeriku yang kaya ini mereka jarah,
Gudang padi seketurunanpun tidak ada sudah?;
Terlalu lama aku di kubur.
Biarlah. Aku sudah mati, Aku gembira,
Kerana seketika aku kaya,
Bersma dengan negeriku yang kaya ini."
"Engkau sudah mati, buat apa kau peduli!"
"Ia, benar"

No comments:
Post a Comment